
Seorang lelaki terkejut selepas mendapati wanita dikahwininya seorang lelaki dan bersedia menceraikan pasangannya itu.
M Fadholi, 21, melangsungkan perkahwinan dengan Ayu Puji Astutik, 23, yang juga kekasihnya dalam sebuah majlis di Ajun, Jember di Jawa Timur pada 19 Julai lalu.
Bagaimanapun dia terkejut selepas pihak agama mendedahkan Ayu Puji sebenarnya seorang lelaki.
Menurut laporan berita tempatan, Ayu Puji dan Fadholi berkahwin di Pejabat Urusan Agama (KUA) selepas kedua-dua pihak mengemukakan borang berkahwin dan dokumen pengenalan diri.
Namun, ekoran aduan pihak tertentu mengenai jantina Ayu Puji, KUA mendapati dia memalsukan dokumen pengenalan dirinya itu.
Lebih kelakar apabila disoal siasat, Ayu Puji pula ada “cerita dongengnya” sendiri malah enggan mengakui dia sebenarnya seorang lelaki.
Kata Ayu, dia memang dilahirkan sebagai perempuan tetapi jantinanya berubah selepas berkahwin.
“Tidak lama selepas berkahwin dengan Fadholi saya bermimpi ada telur jatuh dan makhluk halus. Apabila terjaga saya dapati alat sulit saya bertukar,” katanya.
Bagaimanapun, dia akhirnya mengakui menipu semata-mata kerana mahu mengahwini Fadholi.
Peliknya selepas lebih 3 bulan berkahwin, si suami baru terkejut dengan pendedahan mengenai jantina isterinya. Macam mana ni?
Fadholi yang enggan komen mengenai jantina sebenar ayu Puji berkata dia sedia menceraikan isterinya jika dia seorang lelaki.