
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.Penerima lain yang turut membawa gelaran sama ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Mereka berdua antara 101 penerima darjah kebesaran sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di Pekan, Pahang.
Istiadat pengurniaan disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Selain itu, turut menerima anugerah SSAP adalah 27 individu lain iaitu Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Md Yunos, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohamad Mentek; Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar.
Senarai tersebut juga disertai Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Ab Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam negeri, Datuk Sabin Samitah dan pelakon, Datuk Eizlan Yusof.
Manakala penerima tunggal Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera ialah Pengarah Eksekutif THSB Services Sdn Bhd, Datuk Mohd Azwan Abdul Malil.
Seramai 13 individu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) membawa gelaran Datuk pula, Pengarah Besar FELDA, Ab Ghani Mohd Ali dan Panglima Wilayah Udara 1 TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Faudzi Ahmad.
Inspektor Jeneral Tentera Udara Markas Tentera Udara, Datuk Johar Razali Ahmad, Ketua Cawangan Khas Pahang, Timbalan Pesuruhjaya Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Timbalan Pesuruhjaya Sahabudin Abd Manan.
Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk disampaikan kepada 59 individu termasuk Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Dayang Halimah Awang Drahman dan Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, Ir Azman Ab Majid serta Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Noor Mohamad Akmar Mohd Dom.
Ketua Penolong Pengarah Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad dan Pengarah Siasatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Rumainor Sarif.