3 tahun hidup atas pokok, akhirnya jejak tanah

3 tahun hidup atas pokok, akhirnya jejak tanah

Gilbert enggan turun bawah kerana takut diserang atau dibunuh.

duduk_pokok

Zaman moden macam ini, ada juga orang yang pilih tinggal di atas pokok.

Namun selepas 3 tahun tinggal atas pokok,lelaki bernama Gilbert Sanchez akhirnya bersetuju turun dan menjejakkan kaki ke tanah.

Gilbert, 47 dari La Paz di wilayah Agusan del Sur di Filipina bertindak memanjat pokok kelapa setinggi 18 meter selepas mengalami kecederaan ekoran dipukul di di kepala dalam satu perbalahan.

Kerana dihantui ketakutan akan diserang atau dibunuh, dia meninggalkan rumahnya dan memanjat pokok kelapa dan enggan turun walaupun dipujuk ibunya.

Gilbert terus tinggal di atas pokok dan ibunya yang bimbang dengan keselamatan dan survivalnya menghantar makanan, minuman, rokok dan pakaian yang diangkut menggunakan tali setiap hari.

“Dia sangat takut ada orang akan datang membunuhnya.

“Saya sudah mencuba memanggilnya turun ke bawah, sekurang-kurangnya untuk mandi tetapi dia enggan,” kata ibu Gilbert, Winifreda Sanchez.

Akhirnya, pada 11 Oktober sepasukan 50 orang bersama-sama keluarga Gilbert memujuknya sekali lagi sebelum mengambil keputusan untuk menebang pokok kelapa yang dinaikinya itu.

Operasi yang boleh membahayakan itu berjaya dilaksanakan selepas Gilbert tiada peluang lain tetapi turun dari pokok kelapa itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.