
Kita semua tahu dan kenal isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Melania Trump.Sayang sekali, mungkin Trump tertipu atau dengan sengaja cuba menipu media serta rakyat apabila kecoh diperkatakan beliau membawa Melania palsu atau seorang wanita yang kelihatan seperti isterinya itu tetapi bukan.
Demikian persoalan yang sedang hangat dikongsi di laman sosial. Ada juga yang meminta Melania tampil mempertahankan dirinya selepas pengguna Facebook, Andrea Wagner Barton berkongsi status berserta gambar dan rakaman video sebagai bukti.
Dalam status berkenaan, Barton menulis, gaya dan lenggok badan Trump ketika memperkenalkan isterinya pada sidang media itu sudah cukup untuk mengesahkan sesuatu yang tidak betul.

“Mengapa si bodoh itu perlu mengumumkan Melania bersama di tepinya, sedangkan semua orang boleh nampak kehadirannya?” tulis Barton.
Ekoran pendedahan itu, status tersebut bukan sahaja dihujani puluhan ribu “likes” malah dikongsi lebih 115,000 kali.
Jelas dalam semua perkongsian, netizen akui ia bukan Melania sebenar malah wajah isteri Trump itu dianalisis satu persatu, dan yang paling ketara adalah bentuk hidung wanita itu yang dikatakan jauh berbeza dengan wajah Melania sebenar.

Di Twitter pula, penggunaan hashtag #fakemelania menjadi topik perbincangan pengguna.
“Siapa wanita itu? Saya keliru… … #MelaniaTrumpDouble#FakeMelania #MelaniaBodyDouble #MELANIATRUMP#FreeMelania Hidung tak menipu,” tulis seorang pengguna Twitter.’
Selain hidung, ramai yang mempersoalkan rambut wanita itu yang kelihatan sangat tidak semula jadi, seolah-olah memakai rambut palsu.
Ramai yang menganggap Trump tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menggunakan khidmat wanita palsu bagi menggantikan isterinya selepas Melania tidak suka mengikut suaminya ke tugasan rasmi presiden.
Kejadian tersebut dirakam berlaku pada sidang media di White House, Isnin lalu.
Apapun, hanya Melania yang mampu mengesahkan konspirasi tersebut, sama ada wanita itu diri palsunya atau sememangnya dia sendiri.
***Gambar – screenshot netizen
https://www.youtube.com/watch?v=zrHOQZhvaOs