
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan mereka sekiranya benar dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pendedahan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan itu yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun lamanya.
Nadzim turut mendakwa 9 “dragon” itu mempunyai “kuasa” dalam agensi penguat kuasa di negara selain mampu menukarkan penguatkuasa yang dirasakan menggugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.