Semakin ramai menyokong kempen bebas plastik

Semakin ramai menyokong kempen bebas plastik

Seluruh dunia, kira-kira1 trilion beg plastik digunakan setiap tahun dan secara purata, kebanyakan pengguna dikatakan hanya menggunakan beg plastik selama 12 minit.

say-no-plastic
fmt-ohsem-inside-article1Sekarang, bila pergi membeli belah, beberapa beg diperbuat daripada kain atau nilon pasti dibawa sekali.

Sebabnya, tak larat membayar 20 sen untuk setiap beg plastik lagipun bila membeli-belah, lebih 5 beg plastik digunakan. Bayangkan jumlah dibayar secara mingguan atau bulanan.

Ish.. tak sanggup!

Pada awalnya memang sukar akhirnya sama ada “membeli” beg plastik, mnembawa beg sendiri atau menjunjung barang guna tangan, menjadi amalan.

Memandangkan di rumah pun banyak beg, simpan sahaja di dalam kereta. Bila-bila “shopping”, bawa sekali. Mudah, bukan?

Namun, masih ramai masih berdegil enggan menggunakan beg sendiri sebaliknya lebih rela bayar lebih. Atau mungkin terlupa…

Seperti yang diketahui umum, inisiatif #BebasPlastik #JomSokongProdukBioKWPKempen #BebasPlastik dikuatkuasakan di semua premis perniagaan seluruh Wilayah Persekutuan bermula 1 Januari 2017 lalu.

Walaupun pengguna mengerut dahi pada awalnya, tetapi mereka terpaksa menerimanya.

Sebenarnya, ia bukan satu tindakan drastik, kerana makluman arahan larangan penggunaan plastik dan polistirena dimaklumkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan sejak Jun 2016 lagi.

Penggunaan plastik dan polistirena digantikan dengan penggunaan produk biodegradasi, iaitu bahan mudah urai dan mesra alam.

Kempen ini menjadi sebahagian usaha kerajaan mengurangkan jumlah sisa pepejal di pusat pembuangan sampah Wilayah Persekutuan.

Menurut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada 2008 sahaja pihaknya menganggar jumlah sisa pepejal meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang tahun 2020.

Bayangkan, jumlah ini bakal mencecah 11 juta tan setahun dan jumlah itu sama besar dengan 30,000 buah kapal terbang Airbus A380 yang diletakkan di sebuah kawasan luas.

Apa yang lebih teruk adalah kos diperlukan untuk menguruskan sisa pepejal ini yang mencecah RM2 billion.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Wilayah Persekutuan sahaja ia melibatkan RM40 juta setahun bagi yuran tipping untuk pembuangan sisa pepejal.

Jumlah ini amat besar kerana kebanyakan beg plastik yang digunakan ketika ini bukan jenis mudah urai ketika dihantar ke pusat pelupusan sampah.

Bayangkan apa akan jadi jika keseluruhan sampah yang terhasil selama setahun itu memenuhi ruang yang kita ada tanpa diurus dengan baik.

Bagaimana agaknya kita mahu meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa, selamat dan bersih?

Jadi, kempen #BebasPlastik diperkenalkan tepat pada masanya dalam mengurangkan bencana ini memandangkan tidak semua barangan dibeli memerlukan beg plastik.

Di seluruh dunia, kira-kira 1 trilion beg plastik digunakan setiap tahun dan secara purata, kebanyakan pengguna dikatakan hanya menggunakan beg plastik selama 12 minit!

Memang mengejutkan, tetapi hakikatnya terlalu banyak beg plastik digunakan untuk tempoh masa singkat tetapi kesannya pada alam sekitar berkekalan berjuta tahun.

Oleh itu penggunaan produk biodegradasi diambil sebagai alternatif terbaik kepada pengguna bagi mengurangkan kebergantungan terhadap beg plastik konvensional.

Produk biodegradasi yang mudah terurai, selamat dan mesra alam ini dijamin dapat mengurangkan pencemaran alam di samping tidak memberikan sebarang ancaman terhadap kesihatan dan persekitaran.

Maka, tindakan pelaksanaan #BebasPlastik #JomSokongProdukBioKWP ini bersesuaian dengan situasi kini dan mampu mengubah landskap negara seterusnya membawa impak positif demi kesejahteraan dan kelangsungan generasi akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.