Bapa 6 anak miliki parang panjang dipenjara

Bapa 6 anak miliki parang panjang dipenjara

Timbalan pendakwa raya memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh yang turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

Parang
PETALING JAYA: Seorang bapa 6 anak dipenjara 5 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah memiliki sebilah parang panjang di tempat awam tanpa kebenaran sah.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazrie Shambas Azami, 34, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.

Mohd Nazrie mengaku memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang tanpa kebenaran sah di Jalan Persiaran Perdana, Seri Kembangan pada 3.30 petang, 10 Oktober 2016 mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman bermula tarikh tangkap dengan alasan sudah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama serta perlu menanggung keluarga dan mempunyai 6 anak masih kecil.

Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali bagaimanapun memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh yang turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.