3 kali bedah tumor bukan halangan miliki PhD

3 kali bedah tumor bukan halangan miliki PhD

Najid terpaksa mengambil masa 7 tahun menamatkan pengajian kerana berdapan masalah kesihatan.

phd
fmt-ohsem-inside-article1Sakit tidak menghalang warga emas ini daripada menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Bukan mudah bagi warga emas bernama Mohmad Najid Ramli, graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menamatkan pengajian yang mengambil masa 7 tahun semuanya kerana beliau terpaksa menjalani 3 pembedahan disebabkan tumor.

Justeru itu, detik beliau menerima ijazah PhD pastinya sesuatu yang mengujakan dan menarik perhatian dewan graduan apatah lagi ketika itu Najid berkerusi roda menerima gulungan sijilnya.

“Jangan pernah putus asa dan hilang fokus. Itu kunci kejayaan saya sehingga mampu menamatkan pengajian di peringkat PhD.

“Saya membuat keputusan melanjutkan pengajian selepas bersara pada 2008 di sebuah pusat telekomunikasi gergasi negara,” katanya pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) petik Harian Metro.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.