
Sebelum ini, polis dilaporkan menangkap pengawal keselamatan yang disyaki anggota Abu Sayyaf menerusi 2 siri tangkapan, kata Alwi dalam kenyataan itu.
Alwi juga berkata ini adalah tangkapan pertama yang melibatkan pengawal keselamatan di mana kesemua suspek didapati menggunakan dokumen pengenalan palsu untuk memohon bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan.
Bagaimanapun, senarai syarikat yang menggaji pekerja disyaki anggota Abu Sayyaf sudah dikenal pasti, menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran kepada semua syarikat kawalan keselamatan supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kementeriannya.
Menurut kenyataan itu, sekiranya hasil siasatan membuktikan syarikat kawalan keselamatan yang terlibat cuai dalam proses pengambilan pekerja, tindakan seperti pembatalan lesen boleh dikenakan.
Hari ini juga dilaporkan operasi yang dijalankan polis sejak awal Januari hingga 6 Oktober tahun ini berjaya menahan 31 anggota kumpulan IS, diikuti Abu Sayyaf seramai 9 orang, Fetullah Turki seramai 3 orang dan Albania serta Jamaatul Mujahideen masing-masing seorang.