Jokowi jalan kaki lebih 2 km akibat jalan sesak

Jokowi jalan kaki lebih 2 km akibat jalan sesak

Presiden Indonesia itu terpaksa berjalan lebih 2 km di bawah panas terik untuk menghadiri majlis ulang tahun ke-72 tentera Indonesia.

kojowi
PETALING JAYA: Presiden Indonesia Joko Widodo semalam terpaksa keluar dari kenderaan rasminya selepas tersangkut di dalam kesesakan jalan Jakarta, menurut AFP.

Jokowi terpaksa berjalan lebih 2 km di bawah panas terik untuk menghadiri majlis ulang tahun ke-72 tentera Indonesia

Jokowi dan pegawai kanan kerajaan dihalang oleh kesesakan lalu lintas semasa mereka menuju ke perarakan tentera di Cilegon, sebuah kota pelabuhan kira-kira 2 setengah jam perjalanan dari ibu kota Jakarta, kata istana presiden.

Selepas menunggu selama 30 minit, “presiden kemudian memutuskan dari dalam kereta yang dia mahu berjalan kaki,” kata pengawalnya, Ili Dasili dalam satu kenyataan.

Ketua Polis Negara Tito Karnavian yang juga tersekat dalam lalu lintas tersebut menyertai presiden berbuat demikian.

Rakaman video menunjukkan presiden berjalan kaki dengan kakitangan keselamatan, sementara penonton menjerit dan menyanyikan namanya.

Indonesia merupakan salah sebuah negara paling tidak cekap birokrasi dan terkenal dengan kesesakan lalu lintas di Asia.

Pengguna media sosial mempersoalkan mengapa pemimpin ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu terpaksa berjalan kaki ke majlis tersebut.

“Bagaimana seorang presiden berjalan kaki sejauh 2 km ke lokasi ulang tahun tentera, mengapa mereka tidak memberikannya keistimewaan dengan mengosongkan jalan atau membawanya dengan helikopter?” tulis pengguna Twitter @Pujithegooners.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.