
Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata parti itu sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi dan satu sidang akhbar dijangka diadakan dalam masa terdekat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
“Saya sepatutnya jawab soalan itu di KL kerana ini berkaitan dengan JPPM dan kami dapat semua fakta di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 17 Julai, DAP menerima surat daripada JPPM yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.
Arahan itu dikeluarkan berikutan JPPM masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
Menurut laporan media sebelum ini, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dilaporkan berkata pemilihan semula dicadangkan pada 10 September.