Laporan: Gangster Dawood Ibrahim biaya NGO Zakir Naik

Laporan: Gangster Dawood Ibrahim biaya NGO Zakir Naik

Adik Dawood Ibrahim mengakui kepada polis abangnya membiayai Yayasan Penyelidikan Islam yang diasaskan Zakir Naik.

Dawood-Ibrahim_Zakir-Naik2363_600
KUALA LUMPUR: Adik kepada gangster terkenal India Dawood Ibrahim mendedahkan abangnya membantu membiayai Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan penceramah kontroversi Zakir Naik.

Menurut The Siasat Daily, Iqbal Kaskar mengakui kepada polis pada Selasa ketua gangster itu pernah membiayai IRF.

Laporan tu berkata ketua pegawai kewangan Zakir, Aamir Gazdar, juga berkata Dawood membiayai IRF.

Dawood Ibrahim melarikan diri dari India beberapa tahun lalu dan kini menetap di Pakistan. Wang kepada IRF dikatakan disalur melalui Pakistan.

Zakir, yang melarikan diri dari India selepas polis menyiasat dakwaan pengubahan wang dan kesalahan berkaitan terorisme.

Siasat Daily berkata Iqbal Kaskar ditahan atas dakwaan memeras wang dari pemaju hartanah bagi pihak Dawood Ibrahim.

Sementara itu, The Asian Age melaporkan Direktorat Penguatkuasaan (ED) India mendaftarkan kes terhadap Iqbal Kaskar dan 2 rakan niaga atas dakwaan pengubahan wang pemerasan di luar negara.

Sebahagian wang itu, kata laporan itu, dipercayai disalurkan semula ke India sebagai sumbangan kepada IRF.

Laporan itu memetik seorang pegawal kanan ED yang tidak dinamakan sebagai berkata mereka sedang menyiasat kaitan antara wang yang dihantar keluar dari India dan sumbangan kepada IRF.

Sumber di ED memberitahu The Asian Age hartanah yang didakwa diperas Iqbal dan rakan niaganya kemudian dijual dan wang hasil transaksi itu, bersama wang yang diperas, disalurkan ke Dawood di Pakistan dan keluarga Iqbal di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.