
Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) dan beberapa NGO Islam menunjuk perasaan hari ini bagi membantah rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup 150m Lorong Love dari simpang Lebuh Chulia daripada digunakan kenderaan bermula 7.00 malam hingga 4.00 pagi setiap hari.
Difahamkan pihak berluasa tempatan menawarkan penyelesaian itu selepas barisan kedai minum yang sering dikunjungi pelancong meletakkan meja dan kerusi di lot parkir kereta.
MBPP menambah rancangan menutup sebahagian Lorong Love secara berjadual itu juga untuk tujuan keselamatan. PBT itu berkata rancangan itu bagaimanapun belum muktamad kerana menunggu maklum balas daripada pihak berkepentingan.
Dalam tunjuk perasaan hari ini, Pengerusi PFP Patrick Ooi berkata kunjungan ke laluan itu mendapati ada 7 kedai minum beroperasi sebelah-menyebelah di sepanjang Lorong Love.
Beliau berkata kunjungan dari pintu ke pintu di rumah-rumah, premis perniagaan dan hotel berdekatan kedai minum berkenaan merasakan minum di tepi jalan menganggu mereka.
Ooi berkata 43 pemilik rumah kedai sudah memaklumkan ketidakpuasan hati mereka mengenai minum di khalayak.
Beliau berkata meletakkan meja dan kerusi di tepi jalan nyata melanggar undang-undang namun PBT nampak seperti membutakan mata dan membiarkan amalan itu diteruskan.
“Apabila kami nampak banyak kedai-kedai menjual bir, pada awalnya kami rasa seperti tempat buat maksiat’.
“Pada Isnin, pemilik 7 kedai itu memberitahu mereka belum memohon kebenaran meletakkan meja dan kerusi di luar kepada PBT.
“Ini tidak betul. Mereka yang kerap datang ke tempat ini minum di tepi jalan dan bukannya dalam kedai.
“Kami bimbang keselamatan pelanggan kerana sebuah kereta mungkin terlanggar mereka. Adakah PBT akan menjamin keselamatan mereka?”
“Sekarang PBT mahu tutup jalan ini. Tidakkah mereka fikirkan mereka yang hiidup di sana? Atau mereka sekadar mahu menyokong minum arak di tepi jalan?” kata Ooi pada tunjuk perasaan yang dihadiri 30 orang.
Ooi dan para wakil NGO kemudian menyerahkan memorandum untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng, melalui pegawai penerangan Zahar Zainol di pejabat kerajaan negeri.
Antara sebab yang dinyatakan dalam memorandum itu ialah mengapa minum di tepi jalan harus dilarang kerana ia mengalakkan maksiat, menganggu penduduk setempat dan mereka yang menginap di hotel sekitar.