Malaysia ‘tidak dijajah’ China, kata presiden MCA

Malaysia ‘tidak dijajah’ China, kata presiden MCA

Liow Tiong Lai berkata, pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini, sebaliknya ia di belakang Jepun, Amerika Syarikat malah negara Asean.

Liow-Tiong-Lai-china
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Beliau menegaskan Malaysia “tidak dijajah” China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.

Sekalipun FDI dari China meningkat sejak kebelakangan ini, Liow menegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.

“Di Malaysia, China bukan nombor 1. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara Asean.

“Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” kata presiden MCA itu kepada pemberita di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.