Ribut di Labuan terbangkan 2 bumbung rumah

Ribut di Labuan terbangkan 2 bumbung rumah

Bahan membaiki rumah akan diserahkan segera kepada rumah mangsa.

ribut-labuan
LABUAN: Angin kencang membadai Labuan dari malam Ahad hingga awal pagi ini menyaksikan bumbung rumah diterbangkan ribut dan turut merosakkan rumah dan menumbangkan pokok.

Sekurang-kurangnya bumbung dua buah rumah di Kampung Bebuloh diterbangkan angin kencang serta mengalami kerosakan teruk.

Menurut Ketua Pejabat Perkhidmatan Masyarakat Kawasan Parlimen Labuan, Basran Yunus, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

“Kami menerima laporan jumlah rumah yang terjejas. Kami juga telah menentukan bantuan bersesuaian untuk mereka termasuk bahan membaiki rumah yang akan diserahkan pada kadar segera,” katanya kepada Bernama.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan pula dilaporkan menerima beberapa panggilan berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa batang jalan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.