Anggota bomba diperiksa badan selepas misi selesai, elak harta hilang

Anggota bomba diperiksa badan selepas misi selesai, elak harta hilang

Selepas menyelesaikan misi memadamkan api dalam 2 kes, pihak atasan mengarahkan pemeriksaan badan dijalankan ke atas anggota bomba.

checkbomba
PETALING JAYA:
Bagi mengelakkan kehilangan harta benda di tempat kejadian, anggota bomba dilaporkan perlu menjalani pemeriksaan badan selepas mereka selesai memadamkan kebakaran.

China Press menyiarkan gambar 10 anggota bomba berbaris di luar sebuah rumah di Jalan Wawasan 1/5, Pusat Bandar Puchong, Selangor selepas memadamkan kebakaran yang berlaku kira-kira 5.59 petang semalam.

checkbomba1
Menurut laporan itu, pemeriksaan badan itu dijalankan atas arahan pihak atasan.

Dalam satu kes kebakaran kenderaan di Jalan Goh Hock Huat, Klang, anggota bomba juga dikendaki berbuat demikian selepas mereka menyelesaikan misi itu kira-kira 3 petang semalam.

Akhbar itu melaporkan kenderaan itu hangus kerana api terlalu marak, tetapi tiada kecederaan direkodkan dalam 2 kebakaran berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.