
“Jika majlis (PBT) tidak mengambil tindakan dalam 2 minggu lagi jangan salah kami rakan-rakan NGO bertindak di luar daripada lunas undang,” kata ketua Umno Sungai Besar itu.
Sidang media hari yang diadakan di pejabat Gabungan NGO Malaysia yang dipengerusikannya turut menyaksikan Jamal menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja bagi menunjukkan tindakan yang akan diambilnya.
“Kita percaya undang-undang tetapi (jika) undang-undang itu buta, tuli, pekak… kami yang celik, mendengar, melihat dan menjadi kewajipan kami selaku pemimpin-pemimpin NGO dalam Selangor ini untuk membanteras gejala yang dibuat oleh menteri besar,” katanya.
Jamal berkata pusat mesin judi di Selangor tidak terkawal kerana kerajaan negeri mengeluarkan lesen pusat hiburan keluarga.

“Kami ingin mempersoalkan sampai bila Menteri Besar Selangor (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali ingin jadikan rakyat Selangor mangsa tahi judi yang tidak ada henti-hentinya,” katanya.
Jamal juga memberi amaran pihaknya akan menceroboh pusat pentadbiran kerajaan Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin, di Shah Alam.
“Kalau boleh kami nak buat demo dalam SUK, bukan di luar SUK.
“Kali ini kami datang, kami tak nak buat demonstrasi sampai pagar, kami nak buat dalam pejabat menteri besar,” katanya.