
Hasil kaji selidik itu menyenaraikan 10 syarikat yang menjadi pilihan pencari pekerjaan di Malaysia, di mana syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu menduduki tangga pertama.
Menurutnya, Google menjadi pilihan utama kerana terkenal dengan budaya keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan, yang mendorongnya naik 2 tangga berbanding tahun lepas.
Syarikat minyak negara Petronas menduduki tangga ke-2, sementara Shell Malaysia di tempat ke-3.
Seperti tahun lalu, Sime Darby mengekalkan tempat ke-4 sementara Air Asia Berhad menduduki tempat ke-5.
Syarikat lain yang menjadi pilihan pencari kerja Malaysia ialah Maybank, Nestle Malaysia, Intel Malaysia, Tenaga Nasional dan Eco World Development Group Berhad.
Kaji selidik JobStreet.com itu melibatkan 10,241 rakyat Malaysia di semua peringkat, bertujuan menentukan syarikat mana menjadi pilihan golongan profesional untuk bekerja, dan juga sebab untuk menyertainya.
Kaji selidik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia mengutamakan peluang pembangunan kerjaya sebagai sebab utama mereka mahu bekerja dengan syarikat terkemuka.
Manfaat dan insentif turut menjadi alasan.
Gaji dinyatakan sebagai alasan ke-3, menunjukkan pampasan kewangan tetap menjadi pertimbangan penting di semua peringkat walaupun bukan faktor utama.
JobStreet mengiklankan hampir 30,000 peluang pekerjaan daripada 80,000 majikan yang menghubungkan lebih 3.4 juta pencari pekerjaan