
Syarikat itu melalui Facebooknya mengumumkan cawangan di Cheras itu ditutup mulai hari ini sehingga dimaklumkan.
Katanya, cawangan terbabit turut diarah melakukan kerja pembersihan serta menghantar kakitangan menjalani latihan semula sehingga mereka mematuhi semua garis panduan dalam aspek kebersihan, persediaan makanan dan prosedur operasinya.
“Kami melaksanakan kawalan ketat ke atas setiap cawangan. Cawangan yang tidak memenuhi garis panduan audit bulanan kami perlu melakukan penambahbaikan segera.
“Sekali lagi, kami memohon maaf atas apa yang berlaku dan terima kasih kerana memahami perkara ini.”
Kelmarin, seorang pengguna media sosial memuat naik sebuah rakaman video selama 10 minit ke Facebooknya menunjukkan sebuah dulang berisi salmon diletakkan di atas tong sampah di cawangan Sushi Mentai Mahkota Cheras.
Ia kemudiannya mendapat kritikan pengguna media sosial terhadap cara pengurusan makanan di cawangan restoran Jepun itu kerana tidak mengutamakan kebersihan.
https://www.facebook.com/christy107/videos/10159233996220058/