
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat penyelarasan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali pagi ini.
“Perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Stadium Shah Alam dengan harga tiket bernilai RM21.20 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)),” menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.
Perlawanan bermula 8.45 malam.
Sebelum ini, venue bagi acara yang menawarkan ibu segala pingat itu dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya ia melibatkan pasukan negara beraksi di pentas akhir.
Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir semalam manakala Thailand turut mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam 1 lagi perlawanan.
Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 4.30 petang pada hari yang sama.