
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu FMT suatu keputusan positif sudah dicapai dalam perbincangan itu.
“Wakil Pemuda PKR pusat telah bertemu Pemuda PKR Kelantan dan pengumuman akan dibuat,” kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kepada FMT.
Berita Harian hari ini melaporkan, PKR Kelantan dikatakan berpecah apabila pemimpin tertinggi negeri dilihat lebih cenderung bekerjasama dengan PAS, terutamanya Pengerusi Ab Aziz Ab Kadir.
PAS secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR pada Mei tahun ini selepas menuduh parti reformasi itu melanggar syarat kerjasama. Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail 17 Mei lalu mengarahkan semua ahli partinya yang dilantik dalam pentadbiran Kelantan meletak jawatan serta-merta.
Bagaimanapun, arahan itu tidak mendapat sambutan daripada kepimpinan PKR negeri. Pada Julai, media melaporkan PKR menangguhkan pelaksanaan arahan presiden mereka atas masalah teknikal.
Aziz 16 Ogos lalu berkata semua lantikan politik dikekalkan selepas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata beliau perlukan kerjasama PKR dalam pentadbirannya.
PKR memenangi 1 Kerusi DUN di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.
Terbaharu PKR mengumumkan semua lantikan politik oleh kerajaan negeri pimpinan PAS akan dikekalkan, walaupun parti Islam itu memutuskan kerjasama politik dengan parti reformasi berkenaan sejak Mei lalu.