Najib bertemu Trump pada September

Najib bertemu Trump pada September

Sumber berkata perdana menteri berharap dapat mengalihkan perhatian pihak berkuasa AS daripada memanjangkan siasatan berkenaan 1MDB.

trump-najib-2
WASHINGTON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 12 Sept di White House, menurut kenyataan dikeluarkan White House.

Pertemuan itu berlaku ketika Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berusaha merampas aset mewah dan harta yang didakwa menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan Najib.

DoJ sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang pertama kali melaporkan rancangan Najib bertemu Trump, berkata perdana menteri berhasrat membina persahabatan dengan Trump ketika pihak berkuasa AS giat menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pentadbiran Malaysia.

WSJ memetik sumber yang rapat dengan Najib sebagai berkata lawatannya ke White House adalah sebahagian daripada usaha supaya penyiasatan lebih lanjut tidak dilakukan pihak berkuasa AS.

Kenyataan White House berkata Trump berharap dapat “berbincang kaedah memperkukuhkan dan memperluaskan hubungan dua hala kami dan meluaskan kerjasama serantau bersama salah satu rakan kongsi AS yang paling rapat di Asia Tenggara”.

Hubungan AS-Malaysia merosot sedikit tahub lalu selepas DoJ memfailkan saman mengenai skandal 1MDB, menyebabkan Najib memperkukuhkan hubungan dengan China.

Hubungan kedua-dua negara bertambah baik di bawah bekas presiden Barack Obama, yang menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun pada 2014.

AS menganggap hubungan dengan Malaysia penting dalam usaha mengekang kemaraan China di Asia Timur.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.