
Suara.com melaporkan warga Internet negara jiran itu melahirkan rasa tidak puas hati dengan memuat naik petikan bergambar watak kartun dan Jalur Gemilang secara terbalik.

Salah satu dialog bergambar memaparkan watak kartun Spongebob Squarepant dan sahabat baiknya, Patrick Star bertekak mengenai kejadian bendera terbalik itu.
Dalam dialog kedua-dua watak itu, Patrick yang memegang watak Malaysia menuduh Spongebob (Indonesia) terlalu banyak cakap, lalu Spongebob mempertahankan dirinya dan menggelar Malaysia “nyet” (monyet).
Selain itu, turut dipaparkan insiden Jalur Gemilang yang direntang terbalik secara tidak sengaja di dalam stadium dengan kata-kata sindiran.
Petikan bergambar tersebut disertai #ShameOnYouMalaysia di akaun Twitter.

Sabtu lalu, bendera Indonesia dicetak terbalik pada buku cenderahati KL2017 dan menjadi tular di laman sosial selain mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia Imam Nahrawi.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kemudiannya menyampaikan permohonan maaf Malaysia selaku tuan rumah KL2017 kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan melibatkan bendera negara itu.
Protes di Jakarta tuduh penganjur Sukan SEA sengaja terbalikkan bendera Indonesia