Majoriti pemuda Cina tak minat mengundi, kata Gerakan

Majoriti pemuda Cina tak minat mengundi, kata Gerakan

Ia satu trend yang semakin menular di sebalik statistik majoriti tidak berdaftar adalah anak muda.

andy-1
KUALA LUMPUR:
Majoriti pengundi muda berbangsa Cina dijangka memboikot pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana mereka tidak percaya mengundi akan membawa sebarang perubahan, seorang pemimpin Gerakan memberitahu sebuah forum malam tadi.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong anak muda Cina pada ketika ini lebih berminat menumpukan kepada soal mencari rezeki.

“Bagi mereka, tidak ada perbezaan sama ada keluar mengundi atau tidak, ia kerana sebarang keputusan memihak Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) tidak akan bawa perubahan,” katanya pada forum “Anak Muda Boikot PRU14?” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Statistik menunjukkan lebih 4 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi pada PRU depan. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu, majoriti adalah golongan muda berusia sekitar 21 tahun.

Andy tidak menolak kemungkinan trend yang berlaku pada pengundi muda berbangsa Cina akan menjangkiti pengundi muda berbangsa Melayu.

Katanya, adalah sukar menarik minat anak muda.

“Sukar pengaruhi anak muda untuk mendaftar mengundi. Sering saya ditanya anak muda, apa yang mereka akan dapat jika mengundi.”

Katanya, masih ada anak muda memiliki idealisme dan mahukan perubahan, “tetapi hanya minoriti”.

Seorang lagi ahli panel mewakili sebuah badan pengkaji berkata seperti di Amerika Syarikat, golongan muda di Malaysia sejak 2 tahun in mahukan kebebasan dan tidak terikat kepada parti politik.

hishomuddin

“Mereka tidak mahu diri terikat dengan protokol dan peraturan ditetapkan parti politik,” kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

“Kesan daripada itu, mereka mula tidak mahu mendaftar menjadi pengundi, situasi diburukkan lagi apabila berlaku perpecahan di antara parti-parti politik di dalam negara,” katanya.

Umno dan PAS masing-masing berpecah kepada Amanah dan PPBM. Kedua-dua parti itu kini sebahagian daripada Pakatan Harapan, yang tidak disertai PAS kerana mempunyai gabungan kecil sendiri. Manakala di Sabah, Parti Warisan Sabah merupakan parti baharu dipimpin bekas menteri.

4.1 juta anak muda belum daftar jadi pengundi, kata SPR

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.