Khalid beri amaran kepada golongan ateis

Khalid beri amaran kepada golongan ateis

Perlembagaan negara tidak mengiktiraf ateisme, kata ketua polis.

khalid-ateis
KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberi amaran kepada kumpulan ateis agar tidak menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia terutama umat Islam mengenai aktiviti mereka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perlembagaan mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi dan bukannya ateisme.

“Kalau mereka terima ancaman yang merupakan pelanggaran undang-undang, kita akan menyiasat dan ambil tindakan,” katanya.

Baru-baru ini, pihak berkuasa melahirkan kebimbangan kewujudan sebuah kelab ateis yang turut dianggotai rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim turut mengarahkan jabatan agama Islam di setiap negeri menangkap umat Islam yang terpengaruh dengan golongan ateis.

“Saya cadangkan kita buru habis-habisan dan kenal pasti puak-puak ini. Kepada mufti dan exco negeri (perlu) beri perhatian, walaupun mereka sedikit, kita kena berhemah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.