Bekas guru besar nafi keluar arahan pengasingan cawan

Bekas guru besar nafi keluar arahan pengasingan cawan

Roslinda Kamis mendakwa dasar mengasingkan bekas minuman Islam dan bukan Islam tidak dilaksanakan ketika pentadbirannya.

Cawan-bukan-islam,-non-muslim-cup
PETALING JAYA:
Bekas guru besar sebuah sekolah yang dicemari kontroversi berkenaan dasar pengasingan cawan murid Islam dan bukan Islam menafikan pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

“Saya bukan orang yang bertanggungjawab ke atas label itu, murid-murid biasanya minum terus air dari mesin dispenser semasa saya bertugas di sana. Tiada label seperti itu,” kata Roslinda Kamis.

Penafian beliau dibuat sehari selepas FMT melaporkan amalan itu bermula tahun lepas ketika Roslinda menjadi pengetua sekolah itu.

Tetapi Roslinda, yang berpindah ke sebuah sekolah lain di ibu negara bulan lalu selepas 4 tahun berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di Hulu Langat, mengatakan tuduhan itu tidak berasas.

Semalam, kunjungan FMT di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di Hulu Langat mendapati memang ada cawan berlabel di mesin dispenser air, seperti dalam gambar yang tular.

Walaupun pihak berkuasa enggan mengulas kenyataan itu, FMT bercakap dengan seorang kakitangan kantin yang tidak mahu dinamakan berkata cawan berlabel diletakkan di mesin dispenser air itu sejak tahun lepas di bawah bekas guru besar sekolah berkenaan.

FMT cuba menghubungi guru besar baharu sekolah tersebut tetapi belum mendapat respon.

Seorang kakitangan unit komunikasi Jabatan Pelajaran Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Zulhelmi berkata, beliau sudah melawat sekolah itu petang semalam selepas menerima arahan daripada pengarah.

Sekolah dikecam kerana asingkan cawan orang Islam, bukan Islam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.