
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari langkah itu selaras Perintah Tetap 62, yang membenarkan rang undang-undang (RUU) dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang, yang dijadualkan bersidang pada Oktober.
RUU yang ditunda itu ialah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 (Mavcom), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017 (MyPO) dan Setem (Pindaan) 2017.
Usul Hadi kini berada di kedudukan ke-6 dalam Kertas Perintah Dewan Rakyat.
Semalam, sesi Dewan Rakyat dilanjutkan ke 4.06 pagi hari ini selepas perdebatan hangat mengenai 3 RUU kontroversi.
Ketiga-tiga RUU itu – Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia 2017, Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 dan Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2016.