Jangan remehkan isu rebutan anak, Zaid beritahu Subramaniam

Jangan remehkan isu rebutan anak, Zaid beritahu Subramaniam

Bekas menteri kecam presiden MIC yang menerima tindakan membuang peruntukan yang menghalang penukaran agama anak sebelah pihak.

zaid-ibrahim-s-subramaniam-perkahwinan-ruu
PETALING JAYA: Datuk Seri Zaid Ibrahim mengkritik presiden MIC atas penerimaannya terhadap penarikan klausa mengelakkan penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak daripada RUU Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) yang seolah-olah meremehkan isu rebutan anak.

Lanjutan dari kenyataan terhadap MCA dan MIC semalam, bekas menteri undang-undang hari ini menyasarkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam atas kejahilan berkenaan penderitaan keluarga yang terkesan sebelum ini.

“Subra, jangan terlkanlu banggakan peruntukan bubar perkahwinan sivil itu. Kamu ingat suami Indira peduli? Apa yang dia sudah lakukan tidak boleh diundur,” kata Zaid di Twitter pagi tadi, merujuk kepada kes Indira Gandhi, di mana bekas suami menukar agama 3 anaknya kepada Islam tanpa persetujuannya.

Semalam, sehari selepas kerajaan menarik balik Pindaan Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2016 yang dibentangkan pertama kali November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan pindaan RUU baharu, dengan keseluruhan fasal mengenai penukaran agama sebelah pihak dibuang.

Kemudian, Subramanian berkata peguam negara berasa fasal tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan mungkin tidak dapat dikuatkuasakan walaupun diluluskan.

“Bagaimanapun, terdapat elemen lain dalam pindaan itu yang akan bantu kita selesaikan banyak masalah.

“Sebagai langkah pertama, kami fikir kita akan teruskan dengan pindaan itu. Untuk fasal , kita akan lihat bagaimana untuk luluskannya dengan cara yang boleh diterima semua,” kata menteri kesihatan itu lapor The Star.

Fasal itu sepatutnya menjadi satu penyelesaian, mulanya dijanjikan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, di mana seorang anak bawah 18 tahun tidak dibenarkan ditukar agamanya dengan persetujuan ibu atau bapa sahaja.

RUU baharu itu memasukkan peruntukan untuk pasangan yang baru memeluk Islam memfailkan perceraian di mahkamah sivil untuk membubarkan perkahwinannya dengan pasangan bukan Islam.

Berkenaan isu penukaran agama sebelah pihak, Zaid membangkitkan isu yang sebelum ini dirujuk kerajaan. “6 tahun sejak Subashini, dan kerajaan ini tiba-tiba beri alasan ‘Perlembagaan’. Dan MIC percaya cerita itu,” kata Zaid di Twitter.

Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 menyatakan seorang ibu atau bapa boleh meukar agama anaknya. Ini berlaku kepada kes Subashini Rajasingam v Saravanan Thangathoray.

Dalam kes Subashini, majoriti dalam panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan memutuskan salah seorang ibu atau bapa boleh menukar agama anaknya.

Hakim memutuskan pendapat bahawa perkataan “ibu bapa” bermaksud “ibu atau bapa” dan bererti salah seorang dariapda mereka berhak menukar agama anak kepada Islam.

Bagaimanapun, Zaid yang menyertai DAP awal tahun ini, mencadangkan RUU baharu itu hanya memperkasa kedudukan pasangan yang memeluk Islam, apatah lagi dengan hak menukar agama anak sebelah pihak.

“Realitinya, ibu bukan Islam tidak akan menerima layanan yang sama seperti bapa yang baru menukar agama, itulah realiti pahit,” katanya di Twitter.

Dalam kes Indira, bekas suaminya, K Pathmanathan, memeluk Islam pada 11 Mac 2009, dan menukar namanya kepada Muhammah Riduan Abdullah.

Dia tinggalkan rumahnya 3 minggu selepas itu dengan anak bongsu mereka.

Pada 2 April 2009, dia menukar agama ketiga-tiga anaknya kepada Islam tanpa pengetahuan dan kehadiran mereka, dan tanpa persetujuan Indira. Riduan pergi ke Mahkamah Syariah beberapa hari selepas itu untuk memperoleh hak penjagaan ke atas mereka.

Anak sulung Indira, Tevi Darsiny, kini seorang dewasa berumur 20 tahun manakala adiknya akan menjadi 19 tahun Oktober ini. Mereka cukup dewasa untuk memilih kepercayaan mereka.

Bagaimanapun, lokasi Prasana Diksa berumur 9 tahun tidak diketahui.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.