SPR pamer senarai tuntutan daftar pemilih Kelantan, Perak mulai esok

SPR pamer senarai tuntutan daftar pemilih Kelantan, Perak mulai esok

Semua pemilih yang telah mengemukakan tuntutan diseru membuat semakan nama mereka di pejabat yang berkenaan.

semakan-daftar
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai tuntutan daftar pemilih suku tahun ke-2 2017 bagi negeri Kelantan dan Perak di pejabat pendaftar pemilih negeri masing-masing selama 7 hari mulai 8 hingga 14 Ogos.

Sehubungan itu, SPR dalam kenyataannya hari ini berkata semua pemilih yang telah mengemukakan tuntutan tersebut diseru membuat semakan nama mereka di pejabat yang berkenaan.

Menurutnya sebarang pertanyaan mengenai pameran senarai tuntutan itu juga boleh disalurkan kepada ibu pejabat SPR melalui talian 03-88927018 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.