Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor

Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor

Ketua pembangkang itu berkata, sebagai sebuah entiti, mereka kini dikenali sebagai Pakatan Harapan, tetapi di Selangor, mereka menang sebagai Pakatan Rakyat.

wan-azizah-pkr-bendera
KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersikap diplomatik dalam pertikaian Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng berhubung kewujudan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Presiden PKR itu menjelaskan merit kenyataan menteri besar Selangor dan ketua menteri Pulau Pinang untuk meredakan sebarang konflik yang mungkin timbul antara 2 pemimpina berkenaan dalam isu itu.

“Azmin memenangi mandat sebagai menteri besar dengan majoriti adun, termasuk mereka daripada PAS yang memberi mandat kepadanya.

“Sebagai sebuah entiti, kami kini dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH). Di Selangor, kita menang sebagai PR,” katanya kepada FMT.

Azmin baru-baru ini berkata, PR yang dibubarkan masih hidup dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.

Susulan itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP mengingatkan Azmin, PR tidak wujud lagi.

Azmin turut dibidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata, kenyataan Azmin “sangat mengejutkan dan tidak dapat diterima”.

PR dibentuk pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP, sebelum dibubarkan pada 2015 berikutan pertikaian isu hudud antara PAS dan DAP.

DAP kemudiannya bersama PKR dan Amanah – parti serpihan PAS membentuk PH pada 2015. Mac lalu, PPBM menyertai gabungan pembangkang itu.

Walaupun PR dibubarkan, namun PKR terus bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor.

Pakatan Rakyat tak wujud lagi, Guan Eng ingatkan Azmin

Wan Azizah enggan ulas perbalahan Azmin-Guan Eng

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.