PM Singapura jawab di Parlimen, wakil PAP bebas bersuara

PM Singapura jawab di Parlimen, wakil PAP bebas bersuara

Ia merupakan kali pertama Lee Hsien Loong akan menjawab dalam sesi rasmi bagi menolak tuduhan terhadapnya.

pm-lee
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan menyampaikan kenyataan rasmi berhubung pertelingkahan dengan adik beradiknya mengenai status kediaman bapa mereka, Lee Kuan Yew di Oxley Road, tengah hari ini.

Sesi debat Parlimen hari ini dijangka akan digunakan Lee untuk menjawab pelbagai kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling, termasuk tuduhan beliau cuba menyalah guna kuasa.

Sesi yang akan bermula jam 11 pagi ini akan menyaksikan ahli Parlimen daripada parti pemerintah People’s Action Party (PAP) diberi kebebasan untuk berhujah tanpa perlu menyokong pemimpin mereka.

Lee sebelum ini sudah menjawab panjang lebar kenyataan 2 adik beradiknya yang dimuat naik di Facebook, yang menuduh beliau cuba mengekalkan kediaman rumah keluarga mereka walaupun Kuan Yew mewasiatkan agar ia dirobohkan.

Mereka turut mendakwa Lee cuba memperalatkan legasi rumah itu bagi kepentingan politiknya, termasuk memperkasakan kedudukan isteri dan anaknya untuk menceburi politik.

“Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching, membantah hasrat Lee Kuan Yew untuk merobohkan rumahnya, walaupun ketika beliau masih hidup.

“Malah, Hsien Loong dan Ho Ching menyuarakan hasrat berpindah ke rumah itu secepat mungkin selepas pemergian Lee Kuan Yew. Langkah ini akan mengukuhkan mandat diwarisi Hsien Loong untuk diri dan keluarganya,” tulis mereka.

Sebelum ini, 3 adik beradik itu bersetuju menderma separuh daripada nilai kediaman bapa mereka di 38 Oxley Road kepada badan amal yang disenaraikan oleh Kuan Yew.

2 adik PM Singapura bidas abang mereka salah guna kuasa

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.