
“Membunuh seseorang atas nama Gau Bhakti (mensucikan lembu) tidak boleh diterima. Mahathir Gandhi tidak akan bersetuju dengan perbuatan itu,” kata Modi.
Kenyataan Modi itu beberapa hari selepas Junaid Khan ditikam sehingga mati oleh sekumpulan orang yang menuduh lelaki berusia 15 tahun dan seorang ahli keluarganya membawa daging.
India mengalami gelombang pembunuhan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 10 orang Islam dibunuh sekumpulan orang sejak April, kata kumpulan hak asasi manusia Amnesty International.
Pembunuhan Khan mencetuskan bantahan di merata bandar di India, di mana penunjuk perasaan menyeru keganasan dihentikan dengan slogan “bukan atas nama saya”.
Modi menzahirkan perasaan “sakit dan terseksa dengan persekitaran sekarang” di India, menyenaraikan beberapa kejadian keganasan.
“Tiada seorang pun di negara ini boleh bertindak sesuka hati. Keganasan tidak pernah dan tidak akan menyelesaikan masalah,” kata perdana menteri.
Pengkritik berkata penyerang menjadi berani sejak parti Modi, Bharatiya Janata, terpilih dalam pilihan raya 2014.