Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan

Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan

Jumlah mangsa berkurangan daripada 200 orang kepada 149 orang yang ditempatkan di 4 pusat pemindahan di Jasin dan Alor Gajah.

banjir-surut-melaka
MELAKA: Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka menurun kepada 149 orang setakat 10.30 pagi ini berbanding 200 orang, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, mereka ditempatkan di 4 pusat pemindahan, iaitu di Balai Raya Bukit Tambun, Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.

“Kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak tengah malam Isnin sehingga menyebabkan air Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tehel melimpah dan membanjiri 5 kawasan dalam tempoh 5 hingga 7 jam kemudian.

“Lima kawasan yang dilanda bencana itu ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau di Alor Gajah serta Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di Jasin” katanya dalam kenyataan di sini.

Effendy yang juga ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, 18 mangsa daripada 3 keluarga masih berada di Balai Bukit Tambun, 40 mangsa daripada 6 keluarga berada di Balai Raya Bukit Balai dan 15 mangsa daripada 5 keluarga berada di Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah.

Beliau berkata, seramai 76 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di SK Tehel di Jasin.

Menurut beliau, setakat ini cuaca dilaporkan baik dan keadaan hujan semakin reda.

243 mangsa banjir dipindahkan di Melaka, Batu Pahat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.