Pemantau Switzerland laksana prosiding terhadap Rothschild

Pemantau Switzerland laksana prosiding terhadap Rothschild

Ia susulan langkah pihak berkuasa Luxembourg mendenda bank itu hampir €9 juta (RM43 juta) kerana gagal mengambil langkah kawalan terhadap pengubahan wang haram.

finma-3
ZURICH:
Pemantau Switzerland Finma melaksanakan prosiding penguatkuasaan terhadap Bank Edmond de Rothschild bagi memenentukan sama ada bank itu memenuhi piawaian anti-pengubahan wang haram.

Finma hari ini berkata demikian selepas cawangan bank swasta Switzerland itu di Luxembourg dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda skandal.

Cawangan tempatan bank swasta itu didenda hampir €9 juta (RM43 juta) oleh pihak berkuasa Luxembourg kerana gagal mengambil langkah kawalan sewajarnya terhadap pengubahan wang haram, dan sumber mengatakan denda itu dikaitkan dengan 1MDB.

“Kita tahu kes itu dan sedang berhubung dengan CSSF (pemantau Luxembourg). Kita tidak boleh mengulas konteks kes itu,” kata jurucakap Finma Tobias Lux dalam kenyataan emel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.