APM sedia bantuan petrol sepanjang LPT2

APM sedia bantuan petrol sepanjang LPT2

Bantuan petrol, tayar bocor dan masalah teknikal lain oleh APM mensasarkan pengguna LPT2 terutamanya penunggang motosikal sepanjang sambutan Aidilfitri.

petrol-lpt2
KUALA NERUS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan menyediakan bekalan petrol untuk dijual dalam kuantiti kecil kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang kehabisan minyak sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Adam A Rahman berkata inisiatif tersebut yang dilaksanakan bermula tahun lepas menyasarkan pengguna LPT2 terutamanya penunggang motosikal.

“Menerusi Ops Bantu ini kita juga membantu pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan lain seperti masalah teknikal dan tayar bocor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan secara serentak Ops Bantu, Ops LPT2 dan Ops Selamat jabatan itu semalam.

Beliau berkata bagi memastikan bantuan petrol itu lebih berkesan, pihaknya memperuntukkan RM100 untuk setiap daerah berbanding RM300 untuk semua 8 daerah di negeri ini tahun lalu.

Mengenai 3 operasi itu, Adam berkata pihaknya menggerakkan 200 pegawai dan petugas selain menempatkan pasukan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman dan susur keluar Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.