
Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kenyataan itu menerangkan.
Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara.