
“Nhaveen, doa & kasih moga kamu segera pulih. Harap masyarakat sedar & hentikan semua kekejaman,” katanya gergasi muzik India itu dalam twit yang juga memaparkan tangkap layar berita mengenai remaja itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata hospital memaklumkan polis yang Nhaveen, 18, mati pada 6.00 petang tadi, manakala Rahman pula menulis twit itu pada 5.30 petang.
Rahman, atau nama sebenarnya Allah-Rakha Rahman, turut berkongsi pautan ke laman berita FMT mengenai ahli keluarga Nhaveen yang memberitahu mangsa bercita-cita menjadi sepertinya.
Nhaveen diserang secara ganas dan dikatakan duburnya ditusuk pada Jumaat lepas.
Beliau mengalami pendarahan dalaman dan kecederaan pada abdomen dan kemaluan. Beliau juga mengalami kesan lecur pada belakang badan. Duburnya mempunyai kesan tusuk dengan objek tumpul.
Beliau ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.