PRK Pujut: PAS Sarawak belum putus letak calon atau tidak

PRK Pujut: PAS Sarawak belum putus letak calon atau tidak

Pesuruhjaya PAS Sarawak berkata mereka perlu meneliti banyak faktor sebelum membuat keputusan akhir berkenaan PRK Pujut.

Jofri-Jaraiee-sarawak
MIRI: PAS Sarawak belum membuat keputusan sama ada akan meletak calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut yang akan diadakan 4 Julai ini.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata mereka hanya akan membuat pengumuman minggu depan selepas Mahkamah Tinggi Kuching membuat keputusan pada 19 Jun berhubung saman asal yang dikemukakan bekas Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon bagi mencabar pembatalan keanggotaannya sebagai Adun.

“Banyak faktor akan diambil kira termasuk persediaan kita bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini, sebelum keputusan akhir boleh dibuat. Kami juga perlu bersedia untuk PRU-14,” katanya .

Sementara itu DAP Sarawak dijangka menamakan calon mereka Jumaat ini dengan bekas Adun Piasau Alan Ling Sie Kiong dijangka dicalonkan.

Pada pilihan raya negeri 2016, Ting yang mewakili DAP menang kerusi Pujut dengan majoriti 1,759 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong, calon PAS Jofri dan calon bebas Fong Pau Teck.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.