Guna sumber tangkap mereka ponteng puasa bantu asnaf, kata Khairy

Guna sumber tangkap mereka ponteng puasa bantu asnaf, kata Khairy

Khairy menasihatkan pihak berkuasa agama agar menggunakan sumber yang ada untuk membantu golongan miskin daripada menangkap mereka yang tidak berpuasa.

Kj-daif-asnaf
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menasihatkan pihak berkuasa agama agar menggunakan sumber yang ada untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan daripada menangkap mereka yang tidak berpuasa.

Dalam salah satu mesej menerusi twitter hari ini, Khairy berkata, sumber-sumber yang digunakan untuk menangkap mereka “ponteng puasa” seharusnya digunakan untuk membantu asnaf.

“Satu lagi pemerhatian (lebih berkontroversi): sumber-sumber yang digunakan untuk menangkap mereka yang tidak berpuas wajar digunakan untuk membantu mereka yang miskin dan mereka yang memerlukan (bantuan).”

Beliau seterusnya berkata: “Daripada agensi-agensi agama menghabiskan wang dalam menggunakan pegawai-pegawai penguat kuasa mencari mereka yang ponteng puasa, gunakan untuk membantu asnaf dan untuk melakukan perkara (lebih) baik.”

Umat Islam di Malaysia berpuasa mulai semalam. Menjadi satu tindakan lazim bagi agensi-agensi penguat kuasa menangkap mereka yang tidak berpuasa dengan makan di khalayak ramai.

Khairy berkata, memang menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menunaikan 5 rukun dalam agama termasuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

“(Tetapi) bukan wajib bagi orang lain untuk menangkap anda (hanya) kerana tidak berbuat demikian (menunaikan rukun agama),” kata beliau.

Beliau yang juga menteri belia dan sukan menambah, “dari segi awlawiyat (keutamaan), adalah lebih penting kita membantu mereka yang memerlukan berbanding melaksanakan obligasi agama peribadi. Tiada ada kewajipan.”

Pandangan Khairy itu mendapat sokongan mereka yang mengikuti beliau. Malah ada juga pengikut yang berpendirian sebaliknya.

Seorang pengikut Khairy yang bernama “rockstarpete” menulis, “(buat) kenyataan sahaja tidak cukup.”

Katanya, sebagai anggota pentadbiran kerajaan Khairy perlu bertindak habis-habisan bagi membuang amanal-amalan membazir sumber-sumber kerajaan bagi perkara yang tidak perlu.

Bagaimanapun Khairy menjawab, ia bukan 1 perkara mudah untuk dilaksanakan memandangkan agama adalah urusan kerajaan negeri.

“Kebanyakan Majlis Agama Negeri adalah di bawah Raja,” kata beliau.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.