Guan Eng kesal pegawainya ditampar

Guan Eng kesal pegawainya ditampar

Guan Eng berkata, budaya memukul orang menjadi budaya baharu yang dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat negara ini pada masa kini.

lim-gueng-eng-tamparr
PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kesal dengan apa yang berlaku ke atas Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad yang ditampar peserta kumpulan yang memprotes di hadapan sebuah masjid di George Town, semalam.

Guan Eng berkata, budaya memukul orang menjadi budaya baharu yang dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat negara ini pada masa kini.

Kata beliau, keganasan tidak perlu berlaku sekiranya terdapat perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara, sebaliknya boleh dibincang dengan baik.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia tidak seharusnya berlaku keganasan di kalangan masyarakat kita. Walau apa pun, tak boleh pukul orang. Saya lihat ini dah jadi budaya baru. Saya juga amat prihatin dengan apa yang berlaku ke atas pegawai saya.

“Apa-apa hal atau tak sependapat, pukul orang. Ini bukan budaya Malaysia. Ia budaya luar yang ganas dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat Malaysia,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online hari ini.

Beliau mengulas kejadian Zaidi ditampar peserta himpunan yang membantah campur tangan Kerajaan Pulau Pinang dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang semalam.

Guan Eng berkata, beliau menyerahkan kes itu kepada Zaidi untuk menguruskannya.

“Saya sudah hubungi dia (Zaidi) dan dia kata dia nak urus sendiri. Ini kerana kejadian itu tiada kaitan dengan jawatannya sebagai pegawai kerajaan negeri tetapi lebih kepada peribadi.

“Lagi pun kejadian itu berlaku ketika dia pergi sembahyang. Saya hormat keputusan dia dan akan serahkan untuk dia urus sendiri,” kata beliau yang juga setiausaha agung DAP.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.