
“Momentum itu perlu dikekalkan. Singapura akan terlibat secara konstruktif dalam proses kolektif ini bagi meneruskan tindakan untuk meraih manfaat TPP,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Kenyataan itu menyebut bahawa menteri-menteri telah menugaskan para pegawai kanan supaya mengenal pasti pilihan tindakan yang boleh diambil bagi merealisasikan TPP dengan segera dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Baki 11 anggota TPP bertemu hari ini di luar Mesyuarat Menteri Yang Bertanggungjawab bagi Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Hanoi.
Kenyataan itu menyebut bahawa berdasarkan perakuan dan manfaat strategik TPP serta potensinya dalam mendorong pertumbuhan serta meningkatkan peluang perniagaan dan penduduk, anggota TPP terus bersatu dalam hasrat untuk meneruskan TPP.
Ini akan memberi kesan limpahan yang positif ke atas penyepaduan ekonomi di rantau ini, selain menerima negara lain yang berminat untuk menyertainya apabila dilaksanakan kelak.