
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Saiful Wan Jan berkata, sepatutnya perlu ada 1 tarikh sasaran tidak kira berapa lama tempoh yang diperlukan untuk membantu kaum tertentu menerusi pendekatan afirmatif.
“Ia sepatutnya dilakukan secara berperingkat kerana ia adalah isu yang sensitif,” kata beliau.
Kata Wan Saiful, negara seharusnya sudah cukup matang untuk membahaskan dan membincangkan isu tersebut menerusi cara yang sihat.
Beliau mengulas editorial disiar The Economist di bawah tajuk “dasar afirmatif berasaskan kaum gagalkan rakyat Malaysia”.
Menurut artikel itu, dasar tindakan afirmatif Malaysia menyebabkan banyak kerosakan, mewujudkan ketegangan etnik, dan budaya kelayakan dan kebergantungan di kalangan orang Melayu.
Walaupun ia mengakui dasar itu mempunyai beberapa manfaat seperti mengurangkan jurang pendapatan antara kaum Melayu dan lain-lain, editorial tersebut menulis adalah satu kesilapan untuk menentukan keperluan mengikut kaum.
Wan Saiful berkata, dasar yang berusia lebih empat dekad itu telah menjadikan orang Melayu terlalu bergantung kepada kerajaan.
“Sejak 40 tahun lalu, mereka hidup di bawah sebuah kerajaan yang menjadikan mereka bergantung kepadanya. Akan mengambil masa untuk mendidik semula mereka, untuk meyakinkan bahawa mereka juga baik seperti orang lain.”
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, kerajaan perlu mewujudkan persekitaran yang kompetitif di mana orang Melayu boleh berkembang.
“Sebagai contoh, kerajaan perlu mewujudkan masyarakat perniagaan celik di kalangan orang Melayu dan memberi insentif kepada pencapaian yang baik dalam masyarakat yang melakukan dengan baik,” kata beliau.
Beliau mengakui ramai orang Melayu telah “membuka mata mereka” tetapi menambah, kerajaan masih membuatkan sukar bagi mereka untuk keluar dari “gelembung masyarakat Melayu”.
“Dalam kebanyakan kes, perniagaan yang mahu membida kontrak kerajaan memerlukan penglibatan Bumiputera dalam projek-projek mereka,” katanya.