
Perdana menteri yang meluangkan masa selama 15 minit turut bertemu dengan keluarga Hadi dan doktor yang merawat ahli Parlimen Marang itu.
“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan.
“Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” kata Najib di laman Twitter dan Facebook beliau.
IJN dalam kenyataan Isnin lepas berkata Hadi menjalani pembedahan penggantian injap jantung selepas didapati mengalami peningkatan simptom disebabkan injap jantung bocor yang menjejaskan aktiviti harian beliau.
Sempat ziarah Tuan Guru Hj Hadi di IJN. Alhamdulillah pembedahan brjalan lancar, sama2 kita doa beliau segera sembuh & dlm prlindungan Allah
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 18, 2017