SPR bicang PRK DUN Pujut Jumaat ini

SPR bicang PRK DUN Pujut Jumaat ini

Pengerusi SPR mengesahkan menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN itu hari ini.

Mohd-Hashim-Abdullah_spr_sarawak_600
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Jumaat ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini turut mengesahkan menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN itu hari ini.

Menurutnya kekosongan kerusi DUN Pujut berlaku berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai adun oleh DUN Sarawak.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting daripada DAP sebagai adun Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga adun Bawang Assan kerana Dr Ting mempunyai 2 kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 adun, manakala 10 yang lain membantah.

Adun DAP lucut kelayakan akibat miliki kerakyatan Australia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.