Logo Pakatan Harapan gagal penuhi cita rasa pengundi?

Logo Pakatan Harapan gagal penuhi cita rasa pengundi?

Eddie Khoo berkata logo yang disyorkan perlu ada simbolik yang kuat merangkumi apa Pakatan Harapan hendak tawarkan dan boleh kenal pasti dengan mudah oleh rakyat.

Eddin-Khoo_logo_harapan_600
PETALING JAYA:
Pengarah Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Malaysia (Pusaka), Eddin Khoo menyertai komuniti atas talian mengkritik reka bentuk logo Pakatan Harapan dengan menyifatkannya gagal mengetengahkan simbolik barisan pembangkang empat parti itu.

Ekoran itu, beliau memutuskan untuk menangguhkan daripada menyokong Pakatan Harapan selepas melihat tiga reka bentuk yang disyorkan baru-baru ini.

“Logo yang dicadangkan kelihatan seolah-olah Pakatan Harapan tidak membawa sebarang maksud,” kata beliau kepada FMT.

“Selepas melihat logo, walaupun saya mahu mengundi mereka, saya tidak akan,” kata beliau sambil mempersoalkan tahap imaginasi yang cuba dibawa oleh sebuah barisan yang mahu menggantikan kerajaan yang memerintah sekarang.

Pada masa yang sama beliau menganggap logo Barisan Nasional (BN) juga “hodoh” tetapi sekurang-kurangnya dacing membawa makna tertentu.

“Lambang dacing membawa maksud keseimbangan, kesaksamaan dan keadilan. Apa yang logo Pakatan Harapan cadangkan? Tidak ada sebarang simbolisme disertakan. Saya fikir mereka dari Invoke akan ada cita rasa yang lebih baik,” katanya yang merujuk kepada pemikir PKR.

Beliau memuji PKR dan Umno dalam menilai logo parti-parti politik Malaysia.

“PKR mempunyai logo yang baik, yang direka oleh Syed Ahmad Jamal dan Umno mempunyai logo yang baik yang direka oleh sarjana Islam Syed Naquib Al-Attas. Selain itu, kesemua parti politik kita mmpunyai logo yang amat dahsyat.

“Sudah terlalu lewat bagi logo BN untuk berubah sekarang kerana jika tidak, orang akan keliru, tetapi saya fikir Pakatan Harapan akan datang dengan sesuatu yang lebih baik.”

Selepas menerima kritikan daripada komuniti Internet, Pakatan menjemput orang ramai untuk tampil dengan reka bentuk alternatif.

Katanya, beliau akan menasihati mereka yang berminat untuk mengambil cabaran agar memikirkan simbol yang baik.

“Anda mahu logo yang membawa simbolik yang kuat, yang merangkumi apa gabungan baharu ini hendak menawarkan diri untuk, dan sesuatu yang boleh dikenal pasti dengan segera oleh rakyat.

“Logo yang dicadangkan Pakatan Harapan ini tidak mempunyai simbol. Tanda ibu jari bukan satu simbol,” katanya.

Minggu lalu, Pakatan Harapan mengumumkan akan mendaftarkan logo gabungan itu dengan Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua minggu, dengan menggunakan logo yang sama. Jika kelulusan tidak diperolehi dalam masa untuk pilihan raya umum, pihak-pihak individu akan menggunakan logo mereka sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.