AS pertimbang pindah kedutaan di Israel ke Baitulmaqdis

AS pertimbang pindah kedutaan di Israel ke Baitulmaqdis

Naib Presiden AS, Mike Pence berkata, langkah memindahkan Kedutaan AS dari Israel ke Baitulmaqdis merupakan satu kontroversi yang pasti menimbulkan kemarahan dunia Arab.

mikepence-us-embessy
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempertimbangkan secara serius untuk memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, kata Naib Presidennya, Mike Pence pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Israel.

Selain itu katanya, Trump juga secara peribadi komited untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin.

“Bagaimanapun, usaha itu masih tidak jelas akan menyumbang kepada resolusi konflik Israel-Palestin kerana langkah memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis merupakan satu kontroversi yang pasti menimbulkan kemarahan dunia Arab,” katanya.

Perkara itu bukan kali pertama dinyatakan, pengumuman terbaru mengenai hasrat memindahkan pejabat kedutaan itu dinyatakan sekali lagi ketika lawatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke Rumah Putih pada Rabu.

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada pihak Palestin mengenai tindakan AS itu.

Status Baitulmaqdis terus menjadi antara isu utama dalam konflik Israel-Palestin.

Setakat ini, masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan tiada negara asing yang menempatkan kedutaan di bandar berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.