
Bercakap kepada FMT, beliau mencadangkan “jenis perjanjian sosial” mengenai isu itu.
Beliau berkata rakyat akan terima sekiranya terdapat kod pakaian untuk majlis-majlis tertentu dan sesetengah tempat. “Sebagai contoh, saya sebagai seorang Ahli Parlimen, apabila bertemu rakyat, akan ada kod pakaian. Saya tidak boleh memakai sesuatu yang saya pakai di rumah. ”
Siti Mariah juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja.
Beliau mengecam keputusan Kejohanan Catur Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 baru-baru ini yang menghalang seorang gadis berusia 12 tahun daripada bertanding kerana dia memakai pakaian sehingga paras lutut.
Beliau berkata terfikir gadis itu mungkin memakai bikini apabila mendengar tentang kejadian ini.
Siti Mariah juga menyifatkan keputusan itu sebagai kesan daripada seseorang yang lebih gemar mengenakan nilai-nilai mereka kepada orang lain.
Beliau berkata sesetengah rakyat Malaysia nampaknya tidak faham tentang terdapat perbezaan dalam sistem nilai budaya dan mereka perlu menerima kenyataan ini.
Beliau berkata ia adalah salah bagi umat Islam untuk mengenakan standard kehormatan mereka terhadap orang lain kerana standard berbeza merentasi budaya.
“Kita tidak boleh melintasi garisan itu,” katanya. “Sistem nilai kami adalah berbeza. Masalahnya bermula apabila seseorang itu dibesarkan dengan tidak memahami budaya orang lain. Seseorang menilai orang mengikut budaya seseorang.
“Di sinilah sekolah-sekolah perlu mengajar pelajar untuk memahami budaya yang berbeza.”
Beliau mengakui kadang kala beliau terkejut dengan cara pakaian sesetengah orang di khalayak ramai. Beliau menceritakan pengalaman beliau melihat seorang wanita bertudung yang memakai seluar ketat berwarna kulit.
“Seluar itu menunjukkan setiap lengkung dan bentuk paha orang itu dan bahagian bawah. Tetapi saya tidak berkata apa-apa kerana itu adalah pilihan peribadinya.
“Itulah yang saya akan memanggil tidak sopan. Rakyat harus memakai apa yang mereka mahu. Tetapi mereka tidak boleh melampaui batas. “