DAP: Kenapa syarat biasiswa JPA dalam, luar negara berbeza

DAP: Kenapa syarat biasiswa JPA dalam, luar negara berbeza

Teresa Kok berkata, pemohon biasiswa luar negara hanya memerlukan 7A, manakala pemohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam negara menuntut 9A+.

teresakok-devamany
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok mempersoalkan syarat kurang ketat untuk memohon program biasiswa luar negara berbanding dalam negara di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ahli Parlimen Seputeh itu dalam kenyataan hari ini berkata, program biasiswa luar negara hanya memerlukan 7A, manakala pemohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam negara menuntut 9A+.

Beliau mahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S K Devamany menjelaskan perbezaan syarat itu, susulan pengesahannya berhubung keperluan itu di Dewan Rakyat pada 5 April lalu.

Kok merujuk inisiatif JPA dikenali sebagai Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) yang diumumkan pada 19 MAc lalu. Di bawah program itu, penajaan diperluaskan kepada 200 pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian kejuruteraan di negara terbabit.

Beliau turut meminta Devamany menjelaskan kenapa pelajar terbaik Ipoh, Teh Xin Yi gagal dalam permohonannya untuk Program Khas JKPJ.

Tiga hari lalu, The Star melaporkan kekecewaan Teh selepas mengetahui beliau bukan dalam kalangan 200 pemohon biasiswa itu.

Menurut laporan itu, Teh memohon Program Khas JKPJ dan Program Penajaan Nasional (PPN). Bagaimanapun, kedua-dua permohonannya ditolak walaupun mendapat 11A+.

“Devamany dan JPA perlu menjelaskan bagaimana Teh gagal dalam permohonannya, apabila terdapat 200 biasiswa di bawah Program Khas JKPJ dan Teh antara 102 pelajar yang memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran diambilnya dalam SPM 2016,” kata Kok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.