
Datuk Chua Tia Guan yang dipetik China Press berkata, memang wujud peraturan ibu bapa kepada bintang kanak-kanak dan pemilik haiwan peliharaan perlu mengisytiharkan pendapatan tahunan mereka kepada LHDN, tetapi ramai yang tidak tahu mengenainya.
Ini kerana, katanya, kebanyakan bintang kanak-kanak belum cukup dewasa dan pendapatan yang mereka perolehi akan diberikan kepada ibu bapa, jadi apabila pendapatan kanak-kanak itu dan ibu bapa melebihi jumlah ditetapkan, mereka bertanggungjawab melaporkan pendapatan itu.
“Sama juga dengan haiwan peliharaan, pendapatan yang ia raih akan diberikan kepada pemilik, jadi pemilik perlu mengisytiharkan pendapatan mereka.”
Dalam pada itu, LHDN melanjutkan tempoh untuk individu mengemukakan borang penyata cukai pendapatan individu tanpa punca pendapatan perniagaan (Borang BE) menerusi sistem e-Filing bagi tahun taksiran 2016 sehingga 15 Mei ini.
LHDN menerusi Facebooknya memaklumkan borang BE boleh didapati di ez.hasil.gov.my dan maklumat lanjut pula terdapat di laman web hasil.gov.my.