Peminat anime di Malaysia peraga ‘cosplay’ berhijab

Peminat anime di Malaysia peraga ‘cosplay’ berhijab

Kira-kira 20 wanita berhijab memperagakan busana watak animasi di satu acara 'cosplay' di ibu negara

Cosplay
KUALA LUMPUR: Wanita Islam bergaya seperti adiwira, puteri dan kesatria bersenjatakan pedang mengambil bahagian dalam satu acara “cosplay” di negara ini, yang menyaksikan kegilaan lakon peranan terus berkembang.

Seramai 20 wanita memperagakan busana watak animasi dan solekan yang teliti sambil memakai hijab – tudung yang dipakai ramai perempuan Islam di Malaysia di suatu acara di sebuah pusat membeli-belah di pinggir Kuala Kumpur, semalam.

Kebanyakan peserta mengambil gambar satu sama lain, bermesra dan menjalin persabahatan, berkongsi busana dan tips solekan.

Nur Azlina, seorang pelajar universiti berusia 21 tahun, mengayakan pakaian “Power Ranger”, berkata hijab tidak menghalang kemahirannya memperagakan busana malah beliau mendapat banyak reaksi positif.

“Sesetengah orang kadang-kadang terkejut apabila melihat hijab saya tetapi ia tidak mengganggu saya. Kawan-kawan dan keluarga menyokong saya dan saya juga dijemput ke majlis hari jadi dengan pakaian ini, “katanya.

“Saya suka ‘cosplay’ dan saya dapat ramai kawan baharu di sini dan juga dalam komuniti ‘cosplay’ antarabangsa.”

Raja Muhammad Rusydi, seorang penggemar “cosplay” berusia 20 tahun juga mengambil bahagian dalam acara ini berharap pertunjukan seperti ini dapat menjana minat dalam kalangan wanita berjihab untuk menyertai aktiviti “cosplay”.

“Saya sokong mereka. Kalau mereka sukakan watak kartun dan mempunyai minat, mereka patut lakukannya.”

Dalam “cosplay”, singkatan untuk “costume role-play” atau peragaan busana, peminat berhimpun dalam gaya watak siri animasi, komik atau permainan video, yang kebanyakan daripada budaya pop Jepun.

Kegilaan “cosplay” melanda seluruh dunia dan menjadi popular di Malaysia sejak 2 dekad lalu.

Tetapi “cosplay” berhijab baru sahaja popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi perbualan dalam arena “cosplay”.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.